Sunday, July 3, 2011

Berita Terkini

Aku tak rasa ada orang perasan kewujudan blog ni. Yelah, dah berkurun tak dikemaskini dari tahun ke tahun. Untuk makluman sume, tuan blog ni malas sebenarnya nak menyoret coret dekat blog ni. Pada asalnya untuk buat blog pasal bola la kononnya. Last² dah malas, jadi blog reader je lagi masyuk. Daripada tahun 2 dekat universiti sampai la dah habis belajar. Update, tuan punya blog ni, rom_memi dah berkerjaya. nak tahu lebeuh details boleh la contact dia. Mintak dia belanja makan untuk first gaji dia pun best gak ni. Hahaha :D

Berita terbaru daripada kem Arsenal, Samir Nasri tak nak sign extension contract sebab tak setuju gaji yang ditawarkan oleh Arsenal. Khabarnya nak gaji sama level dengan Captain fabregas. Macam tu plak. Gael Clichy dah kompom masuk City, cuma tunggu hari je nak announce pegang jersi biru cair kat Eastlands. Kapten Cesc Fabregas tak payah cakap la. Aku rase transfer wimdows kali ni yang paling memungkinkan perpindahan beliau ke Barcelona. Tengok interview dekat Youtube, dari gaya dia cakap pun nampak sangat dia 'macam' nak balik kampung. Ape² pun, kalau dia dah ditakdirkan pulang pada kali ni, aku redha. Cuma biarlah sume tu berlaku selepas perlawanan Malaysia XI vs Arsenal 13 July ni. Lepas tu ko nak balik, terpulang la..sume fan arsenal akan menghargai jasa ko dekat Emirates dan Highbury Fabregas. Tak ketinggalan Bendtnar, Denilson dan Almunia. Diorang ni tak kesah sangat la kalau keluar.

Tu cerita yang nak keluar, yang masuk pun ada. Gervinho dikhabarkan akan diumumkan sebagai pemain Arsenal dalam beberapa hari ni. Itu mengikut apa yang di katakan oleh tuan punya badan. Ricky Alvarez, sorang lagi player yang dikatakan bakal menyertai arsenal. kalau ikut posisi dia ni main tempat Fabregas, tu yang aku pelik. Mungkin standby jika Fab dijual atau sebagai back up di bahagian tengah.

Untuk makluman, tiga kelab gergasi Inggeris akan berkunjung ke Malaysia pada bulan July ni (sekarang). 3 game dalam masa 8 hari. Mungkin sume player Harimau Muda akan diberi peluang bermain. Yelah, 3 game takkan orang yang sama yang main kut kan?

Tu je la aku nak bagitau buat masa ni. jumpa lagi, tunggu ron_memi post pulak lepas ni. tapi aku rase dia pun dah lama tak bukak blog ni. Hahaha :D